Minggu, 15 Januari 2012

Seni Dan Estetika Islam


ESTETIKA ISLAM
            Dengan ilmu dan teknologi, hidup ini akan menjadi mudah. Dengan agama, hidup ini akan menjadi terarah. Dengan seni, hidup akan menjadi lebih indah. Hidup akan lebih bermakna jika dapat menjalankan ketiga unsure tersebut ( pendapat para alim ). Untuk mewujutkan kindahan itu, salah satu cara yang ditempuh oleh manusia adalah melakukan kegiatan berkesenian. Seni sebagai sebuah strategi adaptif yang dimiliki dan dipilih manusia. Seni adalah sebuah symbol ekspresif yang memiliki cita rasa keindahan ( Bahtiar : 1982 ). Dalam kehidupan antar dan intra masyarakat terlihat bahwa betapa ungkapan keindahan senantiasa mewujudkan dirinya dalam berbagai bentuk yang khasatau berbeda. Dengan demikian keindahan adalah sesuatu yang tidak berdiri sendiri, tidak bebas nilai, berada dalam kawasan dan mencerminkan suatu nilai.
·         Islam dan keindahan
Islam adalah agama tauhid, yang mengajarkan kepada umat manusia sebuah prinsip keyakinan bahwa tidak ada Tuhan yang patut disembah dan dimintai pertolongan kecuali Allah yang Maha Esa. ( Al – Fatihah ayat ke – 5 ). Dan pada Qur’an Az – Zariyat ayat ke – 56 dijelaskann bahwa Allah menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaNya. Menunjukkan adanya tujuan hidup manusia di dunia fana ini. Konsep beribadah memiliki makna luas, bersifat ibadah mahdlah ( hubungan manusia dengan Allah ) dan bersifat ibadah muamalah ( hubungan manusia dengan manusia ). Disini jelas islam sangat memperhatikan prinsip keseimbanga ( Qur’an Al – Qasas ayat 77 ). Ke indahan yang diciptakan oleh Allah, bukan hanya berhenti pada nilai instrinsik atau sifat keindahan fisiknya saja, melainkan memiiki nilai instrinsik kegunaan di luar sifat indahnya itu ( AN – NAHL ayat : 10 -15 ). Nabi Muhammad pernah bersabda “sesungguhnya Allah mahaindah dan Dia menyukai keindahan “ ( alam Yakub 1986 : 149 ). Berdasarkan penjelasann tersebut, tersirat satu pengertian bahwa islam sangat memperhatikan masalah keindahan. ( Al – faruqi 191  : 69 – 90 ) keindahan adalah salah satu sifat Allah dan oleh karena itu untuk mencapai keridhoan Allah, manusia dapat menggunakan pendekatan dalam melakukan ibadah kepadanya. Dalam islam nilai atau sifat keinahan yang di timbulkan haruslah mengekspresikan nilai ibadah, yakni mencari ridho Allah dan memiliki manfaat bagi pembentukan nilai – nilai akhlak atau budi pekerti yang mulia. Hukum menciptakan keindahan adalah Mubah ( boleh ), Terlarang ( Haram ) atau tercela ( makruh ), dianjurkan ( sunnah ), sangat dianjurkan ( sunnah muakat ).
·         Konsep Seni Menurut Perspektif Islam 
            Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam. Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam di mana tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah swt. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas." Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebesaran dan kesempurnaan Allah swt lantas segala yang diciptakanNya juga merupakan pancaran keindahanNya. Manusia dijadikan sebagai makhluk yang paling indah dan paling sempurna. Bumi yang merupakan tempat manusia itu ditempatkan juga dihiasi dengan segala keindahan. Allah swt bukan sekadar menjadikan manusia sebagai makhluk yang terindah tetapi juga mempunyai naluri yang cintakan keindahan. Di sinilah letaknya keistimewaan manusia yang tidak dimiliki oleh makhluk lain sama ada malaikat, jin dan haiwan. Konsep kesenian dan kebudayaan dalam Islam berbeza dengan peradaban Islam yang lain. Dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Seni mestilah merupakan satu proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam, menggerakkan semangat, memimpin batin dan membangunkan akhlak. Ertinya seni mestilah bersifat "Al-Amar bil Ma'ruf dan An-Nahy 'an Munkar" (menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran) serta membangunkan akhlak masyarakat, bukan membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah. Semua aktiviti kesenian manusia mesti ditundukkan kepada tujuan terakhir (keredhaan Allah dan ketaqwaan). Semua nilai mestilah ditundukkan dalam hubunganNya serta kesanggupan berserah diri. Seni juga seharusnya menjadi alat untuk meningkatkan ketaqwaan.

Prinsip-prinsip (ciri-ciri) Kesenian Islam
1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai persekitaran dan sejagat. Alam sekitar galerinya, manakala manusia menjadi seniman yang menggarap segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredhaan Allah swt.
2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi.
3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepada keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan, kema'rufan, kesahihan dan budi yang mantap.
4. Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undang-undang Allah dan SyariatNya. Maknanya ia harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. Ini yang membezakan kesenian Islam dengan kesenian bukan Islam. 
5. Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar dan sesama manusia dan juga makhluk.
Islam tidak pernah menolak kesenian selagi dan selama mana kesenian itu bersifat seni untuk masyarakat dan bukannya seni untuk seni. Terdapat lima hukum dalam seni jika diperincikan. Antaranya:
(a) Wajib : Jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yang mana tanpanya individu tersebut boleh jatuh mudarat seperti keperluan manusia untuk membina dan mencantikkan reka bentuk binaan masjid serta seni taman (landskap) bagi maksud menarik orang ramai untuk mengunjungi rumah Allah swt tersebut.
(b) Sunat : Jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangat penyatuan umat Islam seperti dalam nasyid, qasidah dan selawat kepada Rasulullah saw yang diucapkan beramai-ramai dalam sambutan Maulidur Rasul atau seni lagu (tarannum) al-Quran.
(c) Makruh : Jika kesenian itu membawa unsur yang sia-sia (lagha) seperti karya seni yang tidak diperlukan oleh manusia.
(d) Haram : Jika kesenian itu berbentuk hiburan yang :
  • Melalaikan manusia sehingga mengabaikan kewajiban-kewajiban yang berupa tanggungjawab asas terhadap Allah swt khasnya seperti ibadah dalam fardhu ain dan kifayah.
  • Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membezakan antara yang hak (betul) dan yang batil (salah).
  • Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan pelbagai kemaksiatan yang lain.
  • Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti pergaulan bebas tanpa batas dalam bentuk bersuka-suka yang melampau. 
  • Objek atau arca dalam bentuk ukiran yang menyerupai patung sama ada dibuat daripada kayu, batu dan lain-lain.
  • Disertai dengan peralatan muzik yang diharamkan oleh Islam seperti alat-alat tiupan, bertali, tabuhan yang bertutup di bahagian atas dan bawah serta alat-alat muzik dari tekanan jari. Sesetengah  ulama mengatakan harus hukumnya jika digunakan untuk pendidikan dan tidak menarik kepada konsep al-Malahi (hiburan yang keterlaluan) juga alat-alat muzik di atas boleh digunakan untuk tujuan dakwah Islamiyyah, seperti yang pernah dibuat oleh Rabiatul Adawiyyah.
  • Seni yang merosakkan akhlak dan memudaratkan individu atau yang berbentuk tidak bermoral seperti tarian terkini (kontemporari).
  • Jenis-jenis seni yang dipertontonkan bagi maksud atau niat yang menunjuk-nunjuk dan kesombongan.
(e) Harus : Apa saja bentuk seni yang tidak ada nas yang mengharamkannya. 


·        Al –Ghazali
Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al Ghazali ath-Thusi asy-Syafi'i (lahir di Thus; 1058 / 450 H – meninggal di Thus; 1111 atau 14 Jumadil Akhir 505 H; umur 52–53 tahun) adalah seorang filosof dan teolog muslim Persia, yang dikenal sebagai Algazel di dunia Barat abad Pertengahan. Ia berkuniah Abu Hamid karena salah seorang anaknya bernama Hamid. Gelar beliau al-Ghazali ath-Thusi berkaitan dengan ayahnya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing dan tempat kelahirannya yaitu Ghazalah di Bandar Thus, Khurasan, Persia (Iran). Sedangkan gelar asy-Syafi'i menunjukkan bahwa beliau bermazhab Syafi'i. Ia berasal dari keluarga yang miskin. Ayahnya mempunyai cita-cita yang tinggi yaitu ingin anaknya menjadi orang alim dan saleh. Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli pikir, ahli filsafat Islam yang terkemuka yang banyak memberi sumbangan bagi perkembangan kemajuan manusia. Ia pernah memegang jawatan sebagai Naib Kanselor di Madrasah Nizhamiyah, pusat pengajian tinggi di Baghdad. Imam Al-Ghazali meninggal dunia pada 14 Jumadil Akhir tahun 505 Hijriah bersamaan dengan tahun 1111 Masehi di Thus. Jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya. Imam Al Ghazali memulai belajar di kala masih kecil. Mempelajari fikih dari Syaikh Ahmad bin Muhammad Ar Radzakani di kota Thusi. Kemudian berangkat ke Jurjan untuk mengambil ilmu dari Imam Abu Nashr Al Isma’ili dan menulis buku At Ta’liqat. Kemudian pulang ke Thusi (Lihat kisah selengkapnya dalam Thabaqat Asy Syafi’iyah 6/195).
Beliau mendatangi kota Naisabur dan berguru kepada Imam Haramain Al Juwaini dengan penuh kesungguhan. Sehingga berhasil menguasai dengan sangat baik fikih mazhab Syafi’i dan fikih khilaf, ilmu perdebatan, ushul, manthiq, hikmah dan filsafat. Beliau pun memahami perkataan para ahli ilmu tersebut dan membantah orang yang menyelisihinya. Menyusun tulisan yang membuat kagum guru beliau, yaitu Al Juwaini (Lihat Adz Dzahabi, Siyar A’lam Nubala’ 19/323 dan As Subki, Thabaqat Asy Syafi’iyah 6/191).
Keindahan Dalam Perspektif Al – Ghazali
            Topik pembahasan Al – Ghazali mengenai keindahan, terkait dengan pembahasan cinta. Cinta merupakan hal yang sangat penting bagi Al – Ghazali, menurutnya, cinta terhadap Allah merupakan tujuan akhir dari semua tahapan. Setiap yang dilihat memiliki kesenangan dan kepuasan, dicintai oleh orang yang melihatnya, atau segala sesuatu dicintai karena terdapatpertalian dengan hal yang member kesenangan. Dalam pemikiran Al – Ghazali mengatakan bahwa keindahan suatu objek terletak pada perwujudan kesempurnaan yang dapat dilihat dan sesuai dengan fitrahnya, yakni dapat dikenali kembali dan sesuai dengan sifat objek tersebut. Al – ghazali menunjukkan dua sifat keindahan yakni keindahan bentuk luar atau fisik ( berdasarkan visi luar atau pancaindra) dan keindahan bentuk dalam atau hakiki ( berdasarkan visi jiwa atau indra ke enam ). Ke indahan bentuk luar yang dilihat oleh mata telanjang yan dialami. Sedangkan keindahan bentuk dalam, hanya dapat ditangkap oleh matahati dan cahaya visi dalam manusia. Al – Ghazali menegaskan bahwa segala bentuk yang ada ( termasuk keindahan )memiliki hubungan dengan kuasa Allah atau tidak dapat dipisahkan dari gagasan tentang ketuhanan, seperti hubungan bayangan pohon dengan cahaya matahari.